Harga pemeriksaan bergantung kepada jenis pemeriksaan, keluasan hartanah, lokasi, jenis bangunan dan skop pemeriksaan yang diperlukan. Setiap pemeriksaan dijalankan secara sistematik bagi mengenal pasti kecacatan, kerosakan atau isu teknikal yang boleh menjejaskan keadaan dan nilai hartanah.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Home Inspection, Building Inspection, Defect Inspection, Property Inspection dan pemeriksaan kecacatan bangunan untuk rumah kediaman, apartment, kondominium, pejabat dan premis komersial.

Faktor yang mempengaruhi kadar harga inspection:

  • Jenis dan saiz hartanah
  • Lokasi hartanah
  • Jumlah keluasan yang perlu diperiksa
  • Skop pemeriksaan yang diperlukan
  • Jenis ujian atau Non-Destructive Testing (NDT) yang diperlukan
  • Tahap pemeriksaan dan dokumentasi laporan

Servis Kami

Pemeriksaan boleh merangkumi pemeriksaan visual terhadap elemen bangunan seperti dinding, lantai, siling, pintu, tingkap, kawasan basah, kebocoran, retakan dan kemasan bangunan. Bergantung kepada skop, pemeriksaan tambahan seperti thermal imaging, moisture measurement dan NDT juga boleh dijalankan.

Selepas pemeriksaan selesai, pelanggan akan menerima laporan inspection yang menerangkan penemuan kecacatan berserta gambar dan penerangan yang berkaitan. Laporan ini boleh membantu pemilik rumah, pembeli hartanah, pemaju atau pihak berkaitan memahami keadaan sebenar bangunan.

Kadar Harga

Kami menyediakan kadar harga inspection yang kompetitif dan mengikut skop kerja. Untuk mendapatkan sebut harga yang tepat, pelanggan boleh memberikan maklumat seperti jenis hartanah, lokasi, keluasan dan jenis inspection yang diperlukan.

Hubungi kami untuk mendapatkan quotation harga inspection rumah dan bangunan.

Kadar Harga Home Defect Inspection

Harga yang dipaparkan adalah untuk kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi lokasi di luar kawasan tersebut, caj pengangkutan akan dikenakan pada kadar RM1.20/km (perjalanan pergi dan balik) dari lokasi operasi kami.